hadi_fayyadh

OFFICIAL

#semusimdibarzakh #ketikaazazilberputusasa #semusimdimahsyar #mengintaiakudineraka Aduan /Pertanyaan sila. Whats app :- 010-890 8389 Head Quarters

Loading...
SUNGGUH HIDAYAH ALLAH ITU INDAH 。。。 Kata-katanya buat hatiku menangis..Terima kasih atas bicara jernih abg @zulhandyblack
Seorang hamba abdi ditanya, “ Apakah yang membuatkan kau bahagia wahai saudaraku, Adakah kau ingin bebas menjadi manusia?” Maka dia menjawab lembut .. “Kebahagiaanku bukanlah memiliki kebebasan dengan dunia dan segala isinya, tetapi cukuplah bagi keseluruhan hidupku disaat aku mencintai Allah, lalu Allah membalas cintaku dengan ujian dan maghfirahNYA “ #Deep
Loading...
ISRAEL ISTIHAR BINA SEMULA KUIL SOLOMON, KAITAN ANTARA KEDATANGAN DAJJAL DAN KEBANGKITAN IMAM AL MAHDI - TERLALU HAMPIR 。 。 Lihatlah penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup mencemaskan, bahaya dan kerosakan yang ditimbulkan atas bangunan Masjidil Al-Aqsa. 。 。 Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media dalam pemberitaan lain. Kini anda boleh saksikan sendiri kerosakan berat akibat kerja penggalian ini. Keretakkan merata di tiang besar , lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat islam ini. 。 。 Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk “membangkitkan semula “Temple of Solomon.” iaitu Kuil Sulaiman. 。 。 Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan saja masalah ini berlarutan. Ini memerlukan perhatian dunia Islam. Kini, mereka telahpun mengistiharkan pembinaan kuil berkenaan, adakah anda masih mengatakan “alahh konspirasi karut ja tuuu ” .... Renungkan dan semoga kita bersiap menghadapinya. Boleh saksikan video penuh di youtube tentang pengisytiharan ini.
Petua orang tua-tua, nak hilangkan panas badan selepas makan buah durian, minum air dari pangsa kulit buah durian .. ataupun makan buah manggis .. Hebatnya Allah, setiap kali musim buah durian mesti ada buah manggis, manggis sejukkan badan bagi mereka yang makan durian .. So, tajuk khutbah hari ini, makanlah buah-buahan tempatan .. hehe
Allahu ... Terima kasih SM Sains Hulu Terengganu .. Insya Allah ada rezeki jumpa lagi .. #smsainshuluterengganu
Kadang-kadang,.kita pasti melaluinya .. Termenung seorang, sedih atas sesuatu yang kita tidak tahu sebab apa .. Seakan sunyi dan sepi rasa macam nak pergi jauh, dan nak asingkan diri .. Namun, .. sebenarnya ada suara kecil yang sedang merindui Penciptamu ..Siapa pernah lalui? Apa yang anda buat ?
#Repost @info.com.my (@get_repost ) ・・・ PERSATUAN FREEMASON INTERNATIONAL! . . Freemasons atau Freemasonry adalah sebuah pertubuhan persaudaraan yang mula muncul sejak antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17. Sekarang ini mereka ada merata-rata di dunia dengan keahlilan sekitar 5 juta orang iaitu sekitar 480,000 di England, Scotland dan Ireland , dan bawah dari 2 juta orang di Amerika Syarikat. Mereka percaya kepada suatu kuasa yang mereka puja yang mana kuasa itulah yang diakui mereka sebagai ‘God’ atau ‘Tuhan’. Dan tuhan yang dipuja-puja mereka itu secara ringkasnya adalah tuhan yang digelar mereka sebagai ‘The all seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’. . Dan itulah mata satu yang seringkali digambarkan oleh mereka dalam banyak simbol-simbol mereka antaranya seperti di bawah; . Simbol tuhan bermata satu itulah yang terdapat pada duit USD1 Dollar Amerika Syarikat yang mana pengaruh Illuminati telah menyelinap masuk ke kerajaan Amerika Syarikat sejak dulu lagi. . Presiden-presiden Amerika Syarikat sejak George Washington lagi terlibat dengan kumpulan Freemasons ini, hinggalah kepada presiden yang lalu iaitu George W. Bush yang juga merupakan ahli tetap kepada Skull and Bones, juga kabilah dari Illuminati itu. . . #jomrepost #viral #info #ilmu #jomshare #universal #world #infocommy . . TAG RAKAN ANDA SUPAYA MEREKA JUGA TAHU📢
Akan tiba waktu Dajjal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. 。。。 Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. . 。。。 Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajjal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ikatan. Nescaya pasti kamu tidak akan dapat mengekang mereka dari berlari mendapatkan Dajal. 。。。 Disebutkan dalam hadith Ibnu ‘Umar, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, . . يَنْزِلُ الدَّجَّالُ فِى هَذِهِ السَّبَخَةِ بِمَرِّ قَنَاةَ فَيَكُونُ أَكْثَرَ مَنْ يَخْرُجُ إِلَيْهِ النِّسَاءُ حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ لِيَرْجِعُ إِلَى حَمِيمِهِ وَإِلَى أُمِّهِ وَابْنَتِهِ وَأُخْتِهِ وَعَمَّتِهِ فَيُوثِقُهَا رِبَاطاً مَخَافَةَ أَنْ تَخْرُجَ إِلَيْهِ … 。 . “Dajjal akan turun ke Mirqonah (nama sebuah lembah) dan majoriti pengikutnya adalah kaum wanita, sehingga ada seorang pemuda yang pergi kepada isterinya, ibunya, puterinya, dan saudarinya, kemudian mengikatnya kerana bimbang mereka akan keluar menuju Dajjal”. . . 。。。 (HR. Ahmad 2: 67. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa sanad hadith ini hasan). (Musnad Ahmad 7 : 790 dengan tahqiq Ahmad Syakir, dan beliau berkata, “isnadnya Sahih.”)
Kasi Teaser sikit Pengisian “ HIDDEN AGENDA & SECRET PROTOCOL” di Terengganu dan Kelantan. .... Siapa yang berkelapangan jom Join.
Assalamualaikum .. Saya sertakan jadual program di Kelantan dan Terengganu .. Insya allah jap g saya balas DM kalian ya .. ... . . ***21/07 TERENGGANU (SABTU)*** SM SAINS HULU TEGANU 8-10pm .... . . ***22/07 TGANU (AHAD)*** Bersama NGO Islam Terengganu . . ***23/07 TERENGGANU (ISNIN)*** Pagi. : SMK TUN TELANAI 12.10-2.10pm Malam : SMKA WATANIAH BESUT 8-10pm . . ***24/07 TERENGGANU (SELASA)*** Pagi : SMKA ITTIFAKIAH JERTIH 9-10am Malam : IPG SULTAN MIZAN , BESUT (aina)✅ bermalam di hotel tganu . .. ***25/07 TERENGGANU (RABU)*** Pagi : SMKA SHEIKH MALEK 9-10 am 500 org✅ Malam : SBP BATU RAKIT, MASA : 7.30-9.30PM, SURAU , SEMUA PELAJAR . . terus ke besut.. bermalam di besut, . . ***26/07 KELANTAN (KHAMIS)*** Pagi : SMK TENGKU MAHMUD 9-11 Malam : SMKA WATANIAH MACHANG, KELANTAN, MASA 8-10, SEMUA PELAJAR . . 27/07 KELANTAN (JUMAAT) Persatuan Pengguna Islam Meet n Greet Penulis Best Seller . 28/07 ***TERENGGANU*** (SABTU) Fayyadh Troopers Zone Pantai Timur . 29/07 ***TERENGGANU*** (AHAD) Boost Your Bussines Seminar . . ***30/07 (ISNIN)*** PENGAJIAN ISLAM KEMAMAN 8-10pm 300 . . 31 JULAI 2018 : Persiapan Pulang ... Untuk pertanyaan atau info sila hubungi +60 14-530 9384 Sdr Khairi @khairihisyam
Heading to KL - Kuala Terengganu .. #jelajahkelantanterengganu #infinitywaragenda #10hari Teringin nak jumpa anda disana, doakan.
RASULULLAH SAW MENGGELAR MEREKA KERA DAN BABI? .... Nabi Muhammad saw telah memberikan peringatan, akan ada dalam kalangan orang Islam di akhir zaman yang berhibur melampaui batas agama. 。。 . Mereka ini dilabel oleh Nabi Muhammad sebagai ‘manusia berperangai kera dan babi’. Abu Malik al- Asy’ari melaporkan, "Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Sesungguhnya sebahagian daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka serta dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.’” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah) . 。。。 Berhibur tidak ada salahnya, namun janganlah sampai melebihi batas dan turut sama ikut jejak apa yang dibuat oleh orang sehinggakan lupa soal maruah dan agama, “Ala suka-suka ja..” 。。。 Moga kita semua kuat hadapi semua ini. Ameen Video sekadar hiasan
next page →